aku lebih mesra dengan juni. juni adalah bulan kegemaranku kerana aku telah ditakdirkan jatuh cinta dengan seorang pria yang nyaman bila aku memandangnya.
teh ku hirup laju, meninggalkan bekas bibirku dimulut mug yang ku beli dari laman sesawang cotton-on
jika kalian mengikuti aku di socmed instagram, sekitar akhir tahun 2019 aku kembali di trek membaca. walau-bagaimana-pun aku berjaya membaca 9 buah buku pada tahun 2020. ya, pada kuantitinya sedikit tetapi usaha aku untuk menghabiskan pembacaan ku yang aku kira kualiti sangatlah memakan masa.
kini, 2021.
aku masih mencabar diriku untuk membaca, cuma bezanya aku upkan levelku kepada 20 buah buku dan aku ditangga separuh peratus (hehe!)
aku membaca, kerana aku merasa aku sedang lemas dalam lautan kehidupan yang penuh dengan beban komitmen. kadang itu aku terfikir, dimana masa aku untuk aku berenang ke permukaan dan bernafas dengan tenang?
aku capai tetikus, mengerakkan kursor. klik! law school sedang dimainkan pada sesawang netflix yang baru sahaja petang semalam aku perbahrui langganannya.
di usia–aku kira menuju ke arah dewasa yang sebenar, aku banyak menghabiskan masa pada sesuatu yang telah memang sudah sedia ada konklusi kerana aku tidak perlu menghadapi setiap satu prosesnya lagi.
berlumba dengan masa? hm mungkin.
rambut ikal yang telah diikat bun aku lepaskan dan mengikat bun sekali lagi, lagi ketat. cuaca panas yang sudah berminggu masih tidak lagi berjaya memujuk si angin. panas sungguh! nasib si malam sering memberi kami malam yang tenang dan sejuk.
hirup teh lagi,
sambung kemudian.
No comments:
Post a Comment