Monday, 30 November 2020

aku bukan tuhan seperti kau katakan

aku bukan tuhan seperti apa kau jangka sayang, aku cuma mahu jadi yang terbaik. namun aku sedar betapa rendahnya darjat untuk dipandang atau memandang.

— —

jika kamu tidak boleh melihat aku terbang janganlah kau aniaya impianku. kau terbanglah sekali denganku.

aku sudah mematahkan sayap kiri ku untuk sentiasa terbang seiring dengan mu.

janganlah kamu mematahkan sayap kananku hanya kerana ketidakinginanmu melihat aku pergi.

tidak pernah aku meninggalkan mu keseorang terbang di langit luas ini, sayang. tidak pernah terlintas dek hati aku ingin aku begitu.

jika kedua sayapku tidak berfungsi, tarikan graviti terus mencampakkan aku ke bumi hingga aku mati atas tanah yang kau inginkan keberadaanku.

impian aku bukan kepunyaan tanah, sayang. impian aku si punya langit. luas. 

kau mungkin jangka tanah tempat yang aman, tapi bukan untuk aku.


jika kau tidak mahu terbang denganku walau telah ku patahkan sebelah sayap, tetaplah kau ditanah. aku mahu ke langit dengan sepasang, menuju impianku.

1 comment: