Ia adalah konsep penceritaan semula oleh Kathy, 31 tahun sebagai seorang penjaga yang terlatih dari Hailsham. Uniknya tulisan Kazuo Ishiguro ini, telah membawa pembaca menelusuri perjalanan hidup Kathy bersama rakan baiknya Tommy dan Ruth di Hailsham.
Genre : Dystopia.
(mengandungi spoiler)
1. Hailsham adalah sebuah sekolah yang menempatkan klon-klon untuk menjalani pembelajaran hidup seperti manusia biasa. Subjek yang diajarkan oleh guru(guardian) adalah lukisan, sajak dan cara untuk hidup. Walaubagaimanapun, mereka masih lagi tidak tahu status mereka yang sebenar.
2. Hidup mereka telah ditetapkan sejak awal lagi untuk menjadi penjaga kepada penderma dan selepas satu tempoh mereka akan menjadi perderma sendiri. Penyeksaan mereka untuk menderma organ kepada manusia adalah ketentuan mereka sejak diciptakan.
3. Namun begitu, Kazuo Ishiguro tidak menitikberatkan pembangunan dunia dystopia di dalam novelnya, malah beliau lebih menumpukan sudut pandang klon dengan menjentik hati pembaca merasai emosi Kathy dan cara Kathy mengharungi hidupnya sebelum dan selepas dewasa.
4. Aku juga suka bagaimana penulis membawa pembaca mengikuti setiap perkara yang telah dilalui Kathy melalui memori manis pahit dari Hailsham sehingga ke harapan terakhir dan pertemuan akhir. Ia telah mengikat sentimen pembaca dari hati ke hati untuk meneruskan perjalanan Kathy.
Saat pertemuan kembali Ruth dan Tommy selepas bertahun lamanya berpisah dan juga permintaan terakhir Ruth–harapan kepada pengakhiran derita, namun...
5. Akhirnya, mati adalah bab terakhir selepas mereka melengkapkan tugas. Ketidakadilan penciptaan mereka yang juga mahu dicintai, diterima dan hidup, tidak kesampaian dan mereka akur dengan takdir.
6. Terdapat banyak lagi perkara yang tidak saya nyatakan, kalian boleh membacanya oki? Sebab mengapa, bagaimana, semuanya akan akan terjawab.
"there is no going back, however uncomfortable people were about your existance..."
5/5 ⭐
No comments:
Post a Comment