Tuesday, 28 May 2019

sediakan kopi panas dan duduk melihat langit, aku teringatkan kau

kau bukan lelaki yang mahu ke kafe utk seteguk espresso seperti dalam anganku
ttpi tidak bererti aku tidak mahu kamu utk temani ku
kau juga bukan lelaki yang akan menulis puisi atau lagu buatku
ttpi tidak bererti aku tidak jatuh cinta pada senyumanmu yang melirik rindu
kau juga bukan lelaki yang mahu mendengar dgn putaran lagu jazz kesukaanku ataupun merenung lukisan di galeri bersamaku
ttpi tidak bererti aku tidak ketawa pada jenakamu bilamana kau mahu bahagiakanku atas dukaku

kerana yang aku tahu, aku mencintaimu bukan kerana apa yang aku mahu ada padamu tetapi aku mencintaimu kerana apa adamu untuk membahagiakanku

No comments:

Post a Comment