Di malam waras, aku gila.

Mug hinggap ke bibir. Hirupan kopi hitam pada malam buta.

Dari pagi tujuh hingga malam sembilan. Satu satu manusia datang. Singgah. Beri panduan untuk aku teruskan hidup. Tapi hanya aku tahu dimana tempat yang akan aku langkahkan. Hanya aku tahu apa kehendak aku.

Mereka cuma beri nasihat berdasarkan pengalaman mereka hidup.

Aku ego?

Atau mereka?

Bodoh. Apa yang aku nak sebenarnya. Apa mereka nak?

Satu satu datang dengan cepat, biarlah kau pergi juga cepat. Aku penat berfikir. Penat berperang dengan otak juga jiwa.

Setiap malam. Boleh jadi gila aku rasa.

(Setiap malam boleh jadi gila fikir nak puaskan hati sendiri atau hati manusia lain !)

Ya tuhan.

Tarik nafas
Hembus
tarik panjang
Dan hembus.

Tenang.
Tolonglah tenang.
Tolonglah tenang sikit.

"Banyakkan berdoa di bulan cinta ni, skee"

Hirup sisa baki kopi. Tutup mata. Case closed at a moment.

Comments

Popular posts from this blog

Kopi hitam bermug merah

tiada teh, cuma suaramu