jatuh cinta hari semalam

jam tiga pagi, bersama bunyi-bunyi sunyi juga haba yang lolos dari teh panasku. aku tertidur mula lewat petang asar hingga lewat sembilan malam. aku tidak tidur menerus, sekejap terjaga sekejap terlelap. mimpiku lebih indah mungkin untuk melepaskannya sampai jadi payah. kisahnya,

lepas jam sembilan malam, aku kembali bangun dan makan ringan sedikit lalu sambung perbaringan. aku pikir mahu ngaji sedikit, belum al mulk usai ishak. terus aku berangkat tunaikan. lagi ditunggu lagi tak tunai sampai esok.

habis itu, ahli keluarga pakat sudah tidur jam sebelas. aku bersama kakak kakakku yang masih terjaga. aku? semestinya tidak boleh tidur! sudah cuba untuk ulang mimpi semalam (manatahu boleh tidur balik) tapi haish tak menjadi. aku cuma mampu bermain telefonku &internet. lalu terus aku membuka buku yang sedang di baca sekarang, Sweet Bean Paste oleh Durian Sukegawa.
level bacaan : masih permulaan

dan lepas itu aku sudah download novel ringan yang menjadi bualan sekarang mengenai movienya, Dilan 1990. aku juga memuat naik dua naskah sambungannya itu. nampak menarik kandungannya lagi lagi aku yang suka jalan cerita klasik &puisi ini. tetapi tak dapat aku baca langsung lepas muat naik, tungguin aku ye lepas habiskan buku yang sedang dibaca.

lalu jam satu pagi di perbaringan membaca, aku lapar! aku ke dapur mencari nasi berlauk tapi malangnya tiada. buka peti sejuk pun tiada makanan beku yang berat untuk di panaskan. sungguh lapar! lalu ke rak teh &kopi, bolehlah untuk mengalas perutku. serbuk kopi sudah kehabisan dan aku lihat serbuk teh masih banyak. tapi tiada susu pula, sungguh aku kelaparan teruk. lalu aku buka kembali peti, (sememannya berkali entah aki buka tutup peti) tiada apa pastinya. ada buah fevretku, buah tomato tapi malangnya tak berada dalam mood sihat itu, aku kelaparan mahu nasi! lalu aku terlihat pek nescafe aku bancuhnya ke dalam mug coklat ku. terus fikir lepas minum mahu tidur. dalam sepertengah perjalanan meminum itu, aku menepuk dahi. bijaklah lepas minum nescafe boleh terus tidur, memang langsung tak tidur adalah, hais.

jam pagi tiga aku bancuh lagi teh lagi, kehausan. aku mula menaip kalian semua.

sehingga subuh menyinggah, &usai itu, ya aku tidak tidur. habisnya syuruk aku cuba juga untuk lelap namun kecundang juga. jam lapan setengah, aku mengikut terus mamiku untuk bersarapan &terus aku berhenti menaip.

setiba langkah pertama kaki ku memijak simen kafe itu, aku senang dengan ruang kedai itu. ruang itu aku sangat suka! makannya dimakan secara buffet. barista itu menghidangkan kopi hitam. &terus aku ambil bersama dengan 2 pek gula. yalah harus 2 pek sebabnya aku tidak tahu takat pahitnya dimana lol. lihatlah, cawan kopi yang ke-empat.

kopi ke-empat aku perhabis.

sesudah itu, pulang ke rumah. sebelum zuhur. aku terlelap didalam kereta. tapi ya rabb! panas sungguh. aku sambung tidur dibilik, tidak makan. mataku perlukan rehat juga jantungku.

petang jam enam lepas asar, aku sambung membaca muka tertunda itu tapi tidak sempat perhabis perenggan satu, kakak ku ngajak sembang sambil mengajar adik-adikku. waktu sangat cepat berlari, tidak bergurau sebentar pun. sudah lepas ishak jam sembilan. lepas maghrib ku teman ibu membuka puasa dan kemas dapur.

jam sembilan ke atas ini waktu temujanjiku bersama suasana diam &tenang. aku bermain dengan perkataan buku, telefon juga internet. masaku bersama mereka. dan sedang aku habiskan taip ini, aku sedang menaip lagi.

waktu jam sepuluh suku begitu, gembira aku dari malam semalam aku tidak tidur ditarik sebentar oleh Tuhan :') sedihku datang. meragut hal senangku lalu bebankan aku dengan masalah masalah yang tidak aku fikir sejak semalam. mungkin peringatan Tuhan untuk tidak suka sangat. &aku mula menaip disini jam sebelas. mencuba kurangkan fikiranku yang terbang ke negara mana sudah.

ingin aku, kalian tahu bilamana aku menulis aku sedang jatuh cinta &jatuh sedih. setiap belakang jatuh cintaku pasti punya jatuh sedih itu, cuma yang penting bagaimana aku mengawalnya hingga aku mampu menaip hingga pada perkataan sekarang.

malam semalam hingga petang tadi aku jatuh cinta pada hariku, malam ini berlawanan, aku jatuh sedih pula.

 April 15–16, 2018

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kopi hitam bermug merah