Posts

Showing posts from April, 2018

jatuh cinta hari semalam

jam tiga pagi, bersama bunyi-bunyi sunyi juga haba yang lolos dari teh panasku. aku tertidur mula lewat petang asar hingga lewat sembilan malam. aku tidak tidur menerus, sekejap terjaga sekejap terlelap. mimpiku lebih indah mungkin untuk melepaskannya sampai jadi payah. kisahnya,

lepas jam sembilan malam, aku kembali bangun dan makan ringan sedikit lalu sambung perbaringan. aku pikir mahu ngaji sedikit, belum al mulk usai ishak. terus aku berangkat tunaikan. lagi ditunggu lagi tak tunai sampai esok.

habis itu, ahli keluarga pakat sudah tidur jam sebelas. aku bersama kakak kakakku yang masih terjaga. aku? semestinya tidak boleh tidur! sudah cuba untuk ulang mimpi semalam (manatahu boleh tidur balik) tapi haish tak menjadi. aku cuma mampu bermain telefonku &internet. lalu terus aku membuka buku yang sedang di baca sekarang, Sweet Bean Paste oleh Durian Sukegawa.
level bacaan : masih permulaan

dan lepas itu aku sudah download novel ringan yang menjadi bualan sekarang mengenai movieny…