Posts

Showing posts from 2017

tiada teh, cuma suaramu

Malam ini tiada teh untuk menemaniku berfikir. Cuma bunyi-bunyi alam. Dan cuma ulangan suaramu yang terperangkap sejak bulan machi hingga april lalu. Kau tahu, ulangan suaramu yang ada ini sentiasa berjaya buat aku terlena dalam rindu?Malangnya, kau tidak tahu.:)

petang itu &teh tarik

manusia—akukenapa lembik?--petang itu, sebenarnya dari pagi aku dah serabut. cilakamasalah. sungguh walau itu ujian Tuhan, aku berundur. sumpah penat. tapi layak ke aku yang ucap penat? "kau kena fikir ada yang lagi penat"ughcelaka! strugglemanusialainlain! sambung–petang itu, lihat langit; kelabu. tanda akan hujan. hujan lebat mungkin. aku ke tempat terdekat. ramai manusia lalu lalang. terus ke food court. hujan lebat mula kedengaran. pesan teh tarik.&menangis, tiba-tiba.beban hilanglah, walaupun sekejap— aku nak rehat.aku tahu Tuhan cinta pada hamba yang tidak berputus asa,lihatlah Tuhan, ini cara aku bangun. &tika itu, teh juga hujan menjadi peneman untuk aku bersedih.

Kopi hitam bermug merah

pagi satu,pernahkah Tuhan kecewa dengan aku? pasti banyak kali bukan? aku capai mug merahku ke bibir, hirup kopi.aku terfikir soalan itu, bila aku terperasan aku banyak kecewakan orang. mungkin tidak banyak tapi terlalu banyak :') lagi banyak aku kecewakan Tuhan dari manusia, tapinya. (?)persoalan antara aku dengan manusia &Tuhan yang tak pernah selesai walau punya jalan penyelesaian; satu perbuatan yang sama.taubat pada Tuhan
&minta ampun pada Tuhan juga manusia,hei, ego berapa lama kau mahu tinggal dalam diri aku?hirup kopi, okay sambung latihan kalkulus