Melangit dengan berhikmah.

"Mengapa kau melangit sedangkan sifatmu membumi"

Banyak pandangan yang boleh samasama kita luahkan. Cuma kali ini tentang pandangan aku.

Tidak salah berangan melangit jika itu punca untuk kita berjalan kehadapan(menuju kejayaan dengan matlamat), cuma jika kita menyalahgunakan 'melangit' dengan tujuan bangga di mata mata manusia memang rugilah kan?

Dan jawapannya berbalik frasa di atas.

Memang, memang sifat kita membumi. Tidakkah kau merasa tenang tika kau sujud kebumi menyembah Tuhan yang Esa? Jadi mengapa kau melangit tanpa arah?

-

Sejak aku masuk jemaah ini, aku jumpa dan kenal ramai orang. Aku sentiasa memerhati dan membuat penilaian( untuk diri aku sendiri, bukan judge eh tampo kang), aku juga sentiasa menjadi pendengar. Dan setiap kali aku mendengar cerita hidup mereka, pasti aku muhasabah diri kembali.

Ya, pasti.

-

Aku punya kakak, kakak yang sama dalam jemaah. Bila pergi mana mana program mesti dengan kakak itu. Dia jenis yang happy go lucky, maksud lebih kurang, lantak kau nak kata apa. Ha gitu. Tapi bila ditegur memang dia akan usahakan untuk menepati teguran tersebut.

Dan baru aku dapat tahu kisah kehidupannya. Aku terkejut.

Dia tabah. Dialah ayah dialah ibu, kakak, adik, nenek dialah datuk, dialah tukang rumah dialah tukang paip. Ayat ni selalu disebutnya. Tapi aku tak fikir apa, aku cuma anggap dia berseloroh gurau. Rupanya tidak.

Aku sekarang pandang tinggi dengan kakak tu. Sebab apa? Sebab kehidupan aku vice versa dengan kehidupan dia keseluruhannya. Dan cara aku, aku cepat rebel (pada keluargalah) rebel aku ni rebel pasif dimana aku akan diam sediamnya.

Aku anggap ini satu tamparan untuk aku. Ye, aku banyak kekurangan dalam meng-handle masalah. Tapi masih bila bab selesaikan masalah aku akan fikir wajar dan jadi matang. Bila datang soal keluarga, aku yang akan bertindak dulu dengan cara serius. Sebab tu aku overthinking setiap malam kot. Biarpun takde siapa tahu masalah sebenar benarnya, aku cuba untuk berdiri tanpa pertolongan sesiapa kecuali kepada Tuhan.

Ya, aku tak suka manusia memandang rendah dan lemah pada sesama yang lain, literally nya pada akulah.

Sebab kita kena ingat, taraf kita sama taqwa kita hanya Tuhan tahu. Tapi bila kita memandang lemah dengan memuji taqwa kita lebih tinggi, kitalah yang paling rendah darjatnya disisi Tuhan.

Ia peringatan untuk aku juga. Sesama kita, okay? Tuhan suka pada hamba yang sentiasa membaiki baiki dan baiki diri kearah lebih baik.

-

Berbalik pada tadi, aku kagum dengan mereka yang melangit dengan tujuan untuk membaiki diri sendiri. Dia melangit dengan berhikmah.

Cuma aku nilah, cuba melangit tapi masih menyorok dibalik kepulan kepulan awan. Masih tertangguh impian kerana tiada usaha kearah itu.

Aku cuba. Aku mahu melangit dengan berhikmah dan membumi dengan kesyukuran.

Comments

Popular posts from this blog

tiada teh, cuma suaramu

Kopi hitam bermug merah