Masih bukan aku punya

Bila Tuhan dah makbulkan doa kau dan ketika itu kau tersangat bahagia gembira hati berdebar tanda syukur yang amat.

Seakan ingin menjerit "Ya Rabb, terima kasih!"

Dan ketika itu juga, kau tersedar. Kegembiraan itu bukan milik kau langsung. Kau cuma tumpang bahagia itu.

Kau biarkan doa kau yang dimakbul terhenti, kau beri pada yang sepatutnya.

Adakah itu pengorbanan?

Kalau ya, aku korbankan rasa rasa aku, biarlah kau yang kecapi. Kerana itu bukan hak aku.

Cuma, ya Tuhan, terima kasih kerana beri aku nikmat kegembiraan yang sekejap buat aku. Aku tidak akan buang detik itu walau pun bukan milik aku.

Terima kasih. Sungguhpun dalam setiap perkara perlu ada pengorbanan untuk kegembiraan majmuk tetapi masih tetap sakit.

Aku akan hadapi! Aku cuba.

Comments

Popular posts from this blog

Kopi hitam bermug merah