Malam ini bukan yang semalam

Bibirku letak pada mug, aroma teh ros mewaraskan fikiran ku tengah malam ini. Cuma bila kepala aku menggila, aku cuba menulis sambil menghirup teh ros.

Dua jam lepas, aku menyelak nota lama. Nostalgia. Isinya tentang hati aku. Tapinya, sekarang berubah. Aku cuba mahu buang nota itu, tapi ahh payah sungguh.

Mengapa hati sungguh degil?(!)

Jadi aku letakkan nota itu di dalam kotak. Biar ia tersimpan. Juga biar segala isinya mereput sendiri. Biar tentang isinya cuma berlaku pada waktu itu.

Masa tetap bergerak. Walaupun pusing mana jarum itu, ia tetap pulang pada 12. Bukankah, kita harus hadapi setiap apa yang mengingatkan kepada peristiwa itu?

Jadi, aku lalui setiap saatnya.

Hadapi satu cara untuk ke langkah seterusnya.

Teh ros aku hirup lagi.

Hidup ini, sentiasa kedepan. Tiada patah balik untuk betulkan yang lama. Cuma yang ada adalah perbaiki untuk masa hadapan. Dan aku cuba kawal itu.

Walaupun aku berpusing tempat yang sama, ada yang berubah. Pasti. Maka disitu aku akan rasa aku tidak berlegar pada yang silam.

Sambung minum teh, jadi baik baik semua ya!

Comments

Popular posts from this blog

Kopi hitam bermug merah

tiada teh, cuma suaramu