Posts

Showing posts from July, 2016

Malam ini bukan yang semalam

Bibirku letak pada mug, aroma teh ros mewaraskan fikiran ku tengah malam ini. Cuma bila kepala aku menggila, aku cuba menulis sambil menghirup teh ros.

Dua jam lepas, aku menyelak nota lama. Nostalgia. Isinya tentang hati aku. Tapinya, sekarang berubah. Aku cuba mahu buang nota itu, tapi ahh payah sungguh.

Mengapa hati sungguh degil?(!)

Jadi aku letakkan nota itu di dalam kotak. Biar ia tersimpan. Juga biar segala isinya mereput sendiri. Biar tentang isinya cuma berlaku pada waktu itu.

Masa tetap bergerak. Walaupun pusing mana jarum itu, ia tetap pulang pada 12. Bukankah, kita harus hadapi setiap apa yang mengingatkan kepada peristiwa itu?

Jadi, aku lalui setiap saatnya.

Hadapi satu cara untuk ke langkah seterusnya.

Teh ros aku hirup lagi.

Hidup ini, sentiasa kedepan. Tiada patah balik untuk betulkan yang lama. Cuma yang ada adalah perbaiki untuk masa hadapan. Dan aku cuba kawal itu.

Walaupun aku berpusing tempat yang sama, ada yang berubah. Pasti. Maka disitu aku akan rasa aku…

satulapandua

Apa yang sudah aku dapat sepanjang perjalanan hidup aku tempuh selama 182 hari pada tahun ini?

Dalam satu lapan dua itu, aku merasa bahagia, aku merasa suka, dan hari hari sedih juga, hari bila aku cuba bunuh diri, hari bila aku cuba lap air mata dan berdiri sendiri, juga pada hari aku susah, tidak makan untuk separuh hari, hari hari aku kutip pengalaman kerja, serta hari hari aku gembira melayan karenah budak budak, tentang hari teruja pada gaji pertama dan hari bila aku lihat bahagia kalian aku turut tersenyum!

Juga tidak lupa, muka muka pejuang yang aku ingin sekali ikut hari perang mereka (pepias), juga hari bila tercipta ukhuwah yang baru!

Maka untuk hari yang ke satu-lapan-tiga, aku cuba positifkan diri, lihat masa depan, ubah fikiran sendiri yang negatif dan penuh penyesalan bila bangkit dari tidur, juga lupakan hari hari semalam yang terparut.

Biar, aku anggap baru, tiada apa pernah terjadi tentang yang luka semalam semalam.

Moga baik baik sahaja untuk hari seterusnya!

pada satu per tiga itu

satu
entah berapa banyak aku puisikanmu dalam kehidupan tulisan kata kataku bait yang berlegar dimindaku

segala itu
mempamerkan senyumanku, kesedihanku, sakitku juga ceriaku


dalam satu masa penciptaan diksi untukmu
satu per tiga aku tersenyum
lebihan itu tentang lukaku daripadamu