tentang perkataan itu

"Maaflah"

Satu perkataan yang pernah beri nilai sentimental pahit pada satu tarikh dan waktu itu.

"Maaflah"

Satu perkataan yang menunjukkan kesederhanaan, kesopanan, keikhlasan dan rendah diri.

"Maaflah"

Satu perkataan yang merujuk pada ketidaksengaja sesuatu perbuatan.

"Maaflah"

Satu perkataan pengakuan.

--

Maaflah, aku bukan manusia yang ada seribu kebaikan. Maaflah pernah melukakan mencintai menganiayai menyakiti menyayangi secara (ter)sengaja atau tanpa memiliki hak secara sahnya.

Maaflah, kerana mungkin hadir aku dalam kepingan memorimu atau menjadi manusia yang pernah lalu lalang dalam kehidupanmu. Maaf.

Maaflah, kerana (ter)menyayangi kalian tanpa sedar akan hak seorang manusia mengasihi punya batas.

Maaf.

Cuma, (permintaanku) hadirkan aku dalam cerita ceriamu, supaya aku mahu kekalkan garisan dibibir kering ini disamping kalian.

Moga baik baiklah semua.

Seikhlasnya aku gembira dan menyayangi setiap mereka yang hadir dalam hidupku sementara atau selamanya. Ikhlas.

Comments

Popular posts from this blog

Kopi hitam bermug merah

tiada teh, cuma suaramu