Asam jawa vs biskut hapseng

Abang umar bawa 2 cawan plastik, beberapa biji asam jawa dan 2 keping biskut hapseng untuk sesi kedua.



sebelum sesi bermula, otak aku memang fikirlah mungkin kena makan kot. tapi pelik juga

kenapa ada asam jawa, siapa nak makan woi. So otak aku simpulkan,kitorang kena main one two

jus untuk dapatkan makanan yang sedap; biskut dan yang kalah dapat asam jawa ahaha padan muka.

dari situ, kami tunggu al muqaddimah abang umar.



lepas abang umar keluarkan barangan tu, abang umar start bermuqadimah. nak tahu muqadimah dia apa?



"abang nak kamu pejam mata, jangan buka. abang nak kamu semua fikirkan 10 benda berwarna hijau."

aku punyalah semangat fikir paksa otak karat ni berfungsi haha tapi di sebabkan tugas, aku paksa otak kerja.



pastu abang umar dah sampai. kami dibenarkan buka mata. rupanya abang umar pergi isikan

air dalam cawan plastik tu. time tu rasa semangat nak bagitahu berapa benda hijau yang aku dapat.

abang umar pun tanyalah berapa benda kami dapat.



"abang saja je suruh kamu fikir, abang nak gi isi air." hahahahaha. memang lawaklah adoi. best best.



dan kami mulakan aktiviti ini dengan lebih serius.

--


asam jawa dimasukkan kedalam cawan plastik dan dikacau manakala kepingan biskut hapseng

dipatah-patahkan ke dalam cawan plastik satu lagi dan dikacau. bahan didalam cawan itu dikacau

sehingga sebati.



dan apa yang kita dapat lihat, air kosong yang dimasukkan asam jawa bertukar warna.

seperti yang kita tahu warnanya akan menjadi perang pekat dari bawah dan beransur cerah hingga ke atas

dan sama seperti air yang dimasukkan biskut hapseng cuma warnanya kuning cair.



tetapi,



air kosong tidak dapat melarutkan biji asam jawa itu

manakala

biskut hapseng dah lunyai terlarut bersama-sama dengan air itu.




apa yang dapat kita simpulan ialah,

kita sebagai, pemimpin, pelajar, atau lebih general manusia perlu bercontohkan asam jawa tersebut

dan tidak mengikut jejak biskut hapseng.



kenapa?



andaikan asam jawa itu diri kita dan bijinya adalah pegangan/jati diri kita,

maka kita tidak perlu goyah dengan air itu[pengaruh dunia].

jika kita jadikan biskut hapseng itu sebagai diri kita dan kita mengikut putaran air apabila dikacau,

dan pasti kita akan lunyai[ tiada pegangan]



air kosong itu bagaikan satu pengaruh dunia yang belum diselongkar habis oleh kita dan

biskut kering itu diri kita. apabila kita[biskut kering] masuk kedalam satu dunia baru atau komuniti

atau masyarakat[air kosong], kita akan didedahkan dengan budaya komuniti tersebut secara menyeluruh

lagi lagi bagi mereka yang menetap atau study diluar negara. kita akan terdedah dengan budaya mereka,

cara mereka dan even dengan kepercayaan mereka. ia adalah sesuatu yang serius.

jika kita tidak ada pegagan atau jati diri, kita akan kalah dengan air kosong itu[pengaruh dunia],

maknanya kita akan terlarut dengan ajaran atau cara mereka.



jadilah seperti asam jawa. walaupun dia terdedah dengan pengaruh asing[air kosong]

dia tetap punya pegangan atau jati diri[biji].



air yang dicampurkan asam jawa tetap rasa asam jawa

manakala air yang dimasukkan biskut rasanya brr, takrasa biskutlah haha.

--




aku tak tahulah korang[readers] faham tak apa aku try sampaikan berdasarkan anologi tu,

aku dah lama tidak beraksi diatas 'dunia perkataan'.

jadi maafkan salah silap dan yang still tak faham dan nak fahamkan sungguh sungguh haha

boleh contact aku di twitter atau ask.fm.


dan terima kasih PMGS16




mkerana cinta pada Yang Esa, kerana ukhuwah kita bersama~~







































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Comments

Popular posts from this blog

Kopi hitam bermug merah

tiada teh, cuma suaramu