Posts

Showing posts from 2016
(tuhan, aku rindu pada semangatku!)



pada satu per tiga itu

satu
entah berapa banyak aku puisikanmu dalam kehidupan tulisan kata kataku bait yang berlegar dimindaku

segala itu
mempamerkan senyumanku, kesedihanku, sakitku juga ceriaku


dalam satu masa penciptaan diksi untukmu
satu per tiga aku tersenyum
lebihan itu tentang lukaku daripadamu

hari bahagia semula

terasa seperti hidup semula; bila kau pergi aku kuatkan diri

terasa ingin tersenyum semula; bila lihat aku sendiri bahagia

lihatlah aku manusia,
aku hidup semula!

Di malam waras, aku gila.

Mug hinggap ke bibir. Hirupan kopi hitam pada malam buta.

Dari pagi tujuh hingga malam sembilan. Satu satu manusia datang. Singgah. Beri panduan untuk aku teruskan hidup. Tapi hanya aku tahu dimana tempat yang akan aku langkahkan. Hanya aku tahu apa kehendak aku.

Mereka cuma beri nasihat berdasarkan pengalaman mereka hidup.

Aku ego?

Atau mereka?

Bodoh. Apa yang aku nak sebenarnya. Apa mereka nak?

Satu satu datang dengan cepat, biarlah kau pergi juga cepat. Aku penat berfikir. Penat berperang dengan otak juga jiwa.

Setiap malam. Boleh jadi gila aku rasa.

(Setiap malam boleh jadi gila fikir nak puaskan hati sendiri atau hati manusia lain !)

Ya tuhan.

Tarik nafas
Hembus
tarik panjang
Dan hembus.

Tenang.
Tolonglah tenang.
Tolonglah tenang sikit.

"Banyakkan berdoa di bulan cinta ni, skee"

Hirup sisa baki kopi. Tutup mata. Case closed at a moment.