SEMPURNA BUKAN INFINITI

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalammualaikum, alhamdulillah pada hari ini. Lama tak update blog. Lama ternanti nanti ke(?) Eh, ada ke, adeh -.-' *sila baling tomato* Memang aku kuat perasan pun. Orang yang kenal aku memang akan kata gitu. Aku 'buat' kuat perasan untuk bergelak je dengan kawan-kawan.

Gelaklah selagi kotak ketawa anda masih berfungsi. (Okay, banyak tengok spongebob)

Tahun ini last year bermanja dengan ahlul-ahlul sekolah. Last year juga nak gelak sakan dengan kawan-kawan. Last year juga dapat bahan kawankawan. Last year juga dapat nak menangis sesama dengan kawan. Last year juga dapat buat presentation gila-gila. Last year nak kena marah dengan cikgu puas-puas. Last year dapat kenal bebudak junior.L ast year, tinggalkan pusat sumber sekolah yang aku bernaung diatasnya selama 4 tahun. Dan last year juga dapat pandang kerek dengan junior perempuan yang gedik tergelak macam sakai tahap infiniti yang suaranya nyaring lebih dari pontianak! (Sila jaga gelak anda wahai wanita diseluruh dunia)

Well, kuasa veto senior bhai.

Balik pada tajuk entri pada hari ini.

"Anda semua kelas 5 Science 1 ! Kelas elit harapan straight A sekolah ! Andalah kelas yang paling cerdik ! Dan daripada keputusan peperiksaan kelas andalah dapat mengharumkan nama sekolah." Kata setiap guru mengajar dan Pengetua.

Sepertinya terdapat beribu guni yang entah berapa kilonya terbeban di atas aku yang beratnya hanya 37kg (Takdelah keding mana. Jangan jeles,k. Bhahaaa)

Beban? Atau tanggungjawab?

"Biar ada sikt rasa tanggungjawab" - Syukr

Di atas setiap tanggungjawab ada beban pikulannya.

Alhamdulillah, study aku okay but still bukan yang terbaik. Aku akan cuba. Cuma perlukan doa anda, reader. Walaupun tak kenal, aku perlukan doa. Sudi? *buat muka seposen*

Okay, balik pada main point.

Sebagai seorang manusia atau khalifah ,ada peranan masing-masing. Maka itu dipanggil tanggungjawab. Manusia memang memikul banyak tanggungjawab. Tidak kira ia besar atau kecil., sikit atau besar, rahsia atau umum. Tetap tanggungjawab.

Hasil daripada tanggungjawab itu pula?

Ada orang yang akan rasa "Laporan ni ada tak betul, check balik dan hantar petang nanti !"
"Apa punya kerja ni?! Aku suruh buat lain kau buat lain ! Buat balik!"
"Tak lengkap ! Pergi check !"

Kenapa takda yang perfect dimata manusia? Tetapi mata manusia pada dunia terlalu 'sempurna katakoo' Kenapa?

Sebab kesempurnaan yang kasarnya dimata manusia(majikan) adalah sesuatu hasil yang mengikut kemahuannya dan mengikut rasa atau moodnya tika itu. Adil? Tetapi tidak ramai sebegitu, namun masih ada sebilangan.

Kesempurnaan kita pada hasil kerja kita pula adalah kesempurnaan melalui usaha dan penat lelah kita menyiapkan kerja itu.
"Alhamdulillah, dah siap pun. Penat cari maklumat kat buku buku rujukan. Memadai dah ni."

Tapi, kena juga kita lihat dari aspek mata orang lain(majikan). Seperti juga kita bercakap dengan orang, perlu juga kita jaga hati dia.

Pernahlah satu hari, aku gigih tulis cerpen. Lepas tulis aku emailkan kat Zel. Then aku akan minta dia komen atau betulkan apa yang aku silap. Sebab aku bukan profesional. So, adalah juga dia komen. Dan ada terima nasihat dia untuk lebih perbaiki.

Tak kisahlah seteruk mana komen. Terima dengan lapang dada. Dan berusaha buat yang terbaik dari yang tadi. Bukan makinya orang komen itu.

Sempurna bukan infiniti, kawan.

Sifat sempurna yang infiniti adalah Allah SWT. Korang tak mampu mencari sesuatu yang infiniti didunia. Kenapa? Sebab Tuhan ada kuasa menarik balik nikmat itu. Maka kitalah yang meminjam infiniti itu.

Tekan kalkulator kira punya kira punya kira then tekan equal keluar math error itu pun infiniti. Formula infiniti S∞ = a/ 1-r (okay, addmath and baru belajar chap tu ._.)

Maka kiraan itu terlalu infiniti sehingga otak kalkulator takdapat jawab. Inikan pula manusia.

Jadi, dalam membuat sesuatu pekerjaan kena ada Al-Ikhlas barulah kesempurnaan mampu dilihat oleh kedua dua pihak.

Sebab tanpa ikhlas, hasil anda kosong. Mungkin tidak kosong pada zahir tetapi pada batin kita.

Jika perbuatan itu ikhlas kerana Allah SWT ada, maka tiada ragu untuk berjaya. Hipotis diterima.


020215

Comments

Popular posts from this blog

tiada teh, cuma suaramu

jatuh cinta hari semalam

Kopi hitam bermug merah