NOTA DARI 'MALAIKAT'

Beg aku campak ke tepi. Bergegas ke rak buku, ambil sekeping kertas. Melakar suatu perasaan. Perasaan sukar ditafsirkan. Sesuatu yang tidak dijangka. Ya, lagi sekali. Aku rindu dia. Sangat merindui.

Pertemuan kami sangat singkat, tetapi perjalanan hidup antara kami sudah seperti abad yang lamanya. Pertemuan yang tak dijangka.

Dahulu, aku menerima sekeping nota dari seseorang yang aku sendiiri tidak ketahui, tapi aku juga senang dengan kehadiran nota itu. Apa yang mampu aku luahkan adalah, terima kasih.

Jika aku mampu, ingin sahaja aku buka jendela dan jerit sepuasnya.
Jika aku mampu, ingin sahaja aku terbang ke langit mencari gerangan dia.
Jika aku mampu, hendak sahaja aku bawanya ke syurga bersama.

Kerana dia faham aku. Kerana dia ada untuk aku. Kehadiran sekeping kertas itu pasti ada nilainya untuk aku, kerana dia tahu apa yang di alami aku.

Comments

Popular posts from this blog

tiada teh, cuma suaramu

jatuh cinta hari semalam

Kopi hitam bermug merah