Kenapa?

Penantian memanglah pahit tapi bila ada usaha dan hasilnya pasti bertukar manis. Tapi bila cuma ada usaha tanpa hasilnya? Payau je rasa.

Tapi mungkin kelak hasilnya? Tapi bila? Tidak bersyukurkah manusia ini yang hanya ingin sesuatu yang kini dan segera?

Masalah. Banyak sangat masalah terbeban. Tak mampu dah aku. Makin lama aku diam. Makin pedih. Kenapa masalah ni ada? Kenapa tak layak aku bahagia?

Ouh lupa. Masalah ini adalah bayang. Tanpa cahaya masakan bayang ada? Jika aku tidak tuju pada cahaya, masakan ada bayangnya?

Kaput.

Kenapa kenapa?

Jika aku tanya mengapa ini terjadi, tidak berimankah aku? Jika aku pertikaikan, adakah aku tidak yakin pada kuasa Tuhan.

Sungguh saat ini aku ditampar oleh sesuatu.

"Kerana kau hamba Allah lah, semua 'kenapa' adalab kerana kau hamba Allah lah. Dia layak. Dia Al Malik."

Mungkin segala persoalan kenapa, hanya kerana ketika itu aku bertuhankan emosi. Sungguh aku hampir tewas. Tewas dalam genggam musuh. Nafsu.

Moga perkara buruk aku fikirkan tidak terjadi. Amin.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

tiada teh, cuma suaramu

jatuh cinta hari semalam

Kopi hitam bermug merah