Teruskan atau..?

Aku dah bersiap. Baju yang ditempah padan dengan imej yang aku mahu. Baju kurung labuh yang disertai labuci yang menyilau di sekitar kaki baju.
Berwarna putih suci yang dipadankan dengan hijau tua.

Huh. Bersediakah?

Pin tudung terakhir telah disematkan pada bahu kanan. Aku pandang hadapan. Sekilas memerhati tubuh aku yang dihiasi dengan mahkota kecil diatas kepala tudung.

Fuh fuh. Dah sedia kah?

Tet. Bunyi handphone kedengaran tanda satu pesanan masuk.

"Tolonglah jangan teruskan, awak"

Belum sempat aku menaip untuk membalas pintu bilik dikuak.

Aku toleh.

"Kakak, dah siap belum? Jom gerak pergi masjid. Dah nak mula ni."


...

Comments

Popular posts from this blog

tiada teh, cuma suaramu

jatuh cinta hari semalam

Malam ini bukan yang semalam