Dusta.

Dia datang lagi
Siapa?

Kacau aku.
Siapa?

Bayang.
Bayang siapa?

Bayang aku.
Dia buat apa?

Dia hantui aku.
Kenapa?

Dulu aku jahat.
Sekarang?

Sekarang aku baik.
Tipu.

Kenapa?
Sebab kau dusta.

Dusta?
Ya kau dusta

Pada siapa?
Aku.

Kau?
Ya.

Siapa kau?
Aku bayang kau.

...

Manusia akan hidup dengan bayangnya sendiri bilamana dia tak mampu melepaskan apa yang terbuku dalam hatinya. Sebab aku pun macam tu. Selalu ingat benda lepas. Yang hati aku tak mampu bendung lagi. Lalu menangis. Sesal kah itu? Bukan, itu hukuman.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

tiada teh, cuma suaramu

jatuh cinta hari semalam

Malam ini bukan yang semalam