Rindu.



Okay. Pemikiran manusia memang tipikal. Sangat tipikal. Sampai boleh baca fikiran itu. Dengan x-ray sekali otak dia.




Bila sebut rindu je. Ingat rindu ajnabi. Beb, luaskan otak okay. Banyakkan tengok permandangan dan jalan. Biar luas permandangan sikit.




Jangan ambil kerja Tuhan yang menilai hati seseorang itu. - zatt




Bila seorang lelaki duduk bersebelahan dengan seorang wanita di busstop yang punyalah ramai. Kau kata




"Eei buat maksiat"




Otak udang lagi bijak lah weh.




Memang senang nak petik bunya ros. Tapi sebab duri, jari terluka. Berhati hati bila soal main hati orang. Jangan sampai makan duri.




Mungkin kita fikir cliche. Tetapi kerana ke-cliche-an itu, jangan jadikan diri sendiri sempit dan 'baka'(cari dalam kamus jepun)





Rindu atok.
23rd Okt. Genap setahun dia meninggal. Aku sangat sayang dia. Sangat sayang. Sangat rindu. Sangat.

Masa aku baby, atok aku selalu letakkan aku kat atas meja makan. Sebab kakak aku akan kacau aku. Sebab kakak aku pikir aku ni kucing.

Lap tubir mata. Huh nostalgia sungguh.

Beberapa hari sebelum meninggal, aku tak tolong atok bagi makan ubat as usual.

Dan.. okay bai.






Dari jauh ku berlari

Mengejar mimpi mimpi




Yang indah disulami pelangi

Dan hilang segala perit




Yang mampu diucap

Dalam sujud dan doa




Dimana nanti

Aku takut




Aku tak lama lagi

Yang terpisah dari realiti




Kerana amal soleh ku hanya di bilangan jari-jari.

Comments

Popular posts from this blog

tiada teh, cuma suaramu

jatuh cinta hari semalam

Kopi hitam bermug merah