Pergi



Buat apa kau tunggu

Pergilah sana

Jangan kembali

Carilah cinta

Yang kau impikan




Pergilah sana

Untuk kau menjaga
Diri kau lebih rapi
Jangan kembali
Tolonglah

Kerna
Aku baru mahu
menarik nafas lega
Untuk aku lupakan kau
Untuk aku terus berdiri
Di tempat aku berteguh

Jangan kembali
bukan kerna kau haram
tetapi untuk kepentingan aku juga

mengapa?

Kerna
Aku tak mahu disakiti
Walaupun dalam diam
Dalam keadaan tidak sedar
Pergilah
Hilangkanlah diri--
sepertimana sebelumnya

Terima kasih sajalah
Kerna aku sudah ada
Yang setia

Kerna aku mahu
Hidup dengan cinta
Maka aku perlu hidup dengan
Maha Kaya Cinta

Iaitu dengan

Tuhan

Comments

Popular posts from this blog

tiada teh, cuma suaramu

jatuh cinta hari semalam

Malam ini bukan yang semalam