Gembira dunia hanya sementara.

Gembira?

Adalah sikit.

Kenapa?

Sebab dia ingat aku.

Asal pula?

Sebab dia sayang aku kot.

Tipu tu.

Kenapa pula?

Dia bagi harapan je.

Betulke?

Yup.

Sebab?

Kau tak layak buat dia.

Kenapa?

Kau ditakdirkan untuk aku.

Kenapa kau?

Sebab yang ingatkan kau pada Tuhan itu aku dan sebab aku memang untuk kau.

Tak percaya.

Kenapa?

Sebab kau bukan Tuhan yang tahu masa depan.

Ya aku bukan Tuhan.

Habis kau siapa?

Aku kubur yang selalu mengingatkan kau perihal mati.

Tipu.

Dan aku adalah janji Tuhan yang akan kau akui iaitu Mati.

Siapa yang ada untuk aku nanti?

Akan ada teman nanti.

Siapa?

Mungkar dan Nakir.

Sebelum mereka siapa akan menyambut aku?

Ada.

Siapa?

Izrail.

Comments

Popular posts from this blog

tiada teh, cuma suaramu

jatuh cinta hari semalam

Malam ini bukan yang semalam