Kau Bakal Pergi



Berita kedengaran,
Kau bakal pergi,
Jauh jauh jauh,
Jauh sana kau lewati,
Tolonglah,
Jangan lupa aku di sini,

Mungkin kau ter-rasa,
Apa yang aku rasa,
Memantulkan kedua-dua rasa,
Hingga hadir sebatian satu rasa,
Tolonglah,
Jangan lupuskan aku,
Dari ingatan,

Masih menghitung hari,
Sebelum kau terbang kesana,
Telah ku pesan pada merpati,
Untuk menjaga kau disana,
Demi aku,
Tolong kekal berdiri,
Tanpa jatuh tersungkur,

Aku bertanya,
Adakah kau bakal pergi,
Tanpa jawapan hanya sepi,
Aku biarkan sepi kerana aku fahami,
Yang kau mahu sendiri,
Jauh menyendiri aku turuti,

Apakan daya,
Siapalah aku,
Hanya sahabat dalam memori,
Bukannya dalam hati,

Dengan doa aku iringi,
Carilah redha Dia sekali,
Untuk kau mengenalpasti identiti,
Supaya kau tidak sesat bergelut diri,
Supaya kau kenali Dia lagi,

Pergilah,
Jauh jauh jauh,
Kerana untuk kebaikan--
Diri kau untuk mempelajari,
Tanpa ada ganguan emosi,

Pergilah,
Jangan lupa kembali,
Agar aku senangi--
Tanpa kau sedari,
Ya dalam diam--
Aku cuma bisu selama ini.

--

Eh puisi ni untuk siapa?
Untuk sesiapalah.

Sesiapa tu siapa?
Sesiapalah.

Siapa yang makin men jauh?
Dia.

Siapa dia?
Syurga.

Kenapa Syurga?
Sebab banyak dosa.

Dia hitung hari apa?
Hari berlepas.

Berlepas kemana?
Kubur.

Okay fine, dia nak kemana?
Mati.

Takkan pergi mati dengan terbang?
Okaylah stail baru. Eh eh.

160614

Comments

  1. Pfttt ! berbekas pula hati nii..

    ReplyDelete
  2. Heehee terover pulak deh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

tiada teh, cuma suaramu

jatuh cinta hari semalam

Malam ini bukan yang semalam