Just let it go.


Aku nak jadi layang-layang yang terlepas dari rungkaian jari manusia boleh?




Selagi kita gengam benda lepas. Lagi sakit jiwa. Selagi kita tak lepaskan rasa pada masa silam, selagi itu dendam takkan terhapus.

Actually, bila buka je twitter depa duk mengeluh benda yang dah jadi. Well, aku tahu accaunt depa, lantank pi lah kan?

Selama 86,400 detik kita habiskan masa didunia , takkan nak genggam masa silam yang berlaku cuma sedetik darinya? Apake pandainya?

  Lepaskan detik silam, jangan hapuskan kenangan silam.

Ada orang text aku. Member lama dan bendanya pun dah lama. "Weh, kau dah break up ke?" Aku tak balas text dia.

Buat apa nak jawab. Bila manusia nak lepaskan perkara silam, yang kau pergi ungkit tu dah apa kejadahnya? Bila manusia nak baru bangun yang kau pergi tolaknya kenapa?

"Ada sebab Allah jadikan sesuatu perkara. Allah Mutaqdir" -Amir

Dan bila kau tolaknya orang nak bangun. Dia tak boleh bangun lagi. Dia futur. Salah siapa? Jangan disebabkan kita orang tak nak berubah.

Bila terikat dengan kisah silam seperti ; menggengam batu yang tajam.
Dan bila saat kau melepaskan genggaman itu, kau lega kan?

So, why you still stuck with the past ?

Orang selalu kata ni

"Aku tak boleh nak buang benda lepas dari kepala otak aku."
"Sebab kau set otak kau yang kau tak boleh."

Ada dua jenis manusia ; mereka yang terima(redha) dengan kisah silam dan mereka yang masih tersekat didalamnya.

Comments

Popular posts from this blog

tiada teh, cuma suaramu

jatuh cinta hari semalam

Malam ini bukan yang semalam