Terbangkanlah !



"Kalau layang-layang bernafas, kau fikir apa dia nak cuba ekspresikan pada kita?"

Manusia ni macam layang-layang. Bila dah lepaskan layang-layang ke udara, layang-layang seakan dah bebas tapi jangan lupa masih ada tali yang mengikat layang-layang pada tangan kita.

Aku mengecilkan untuk melihat layang-layang dah terapung-apung di langit. Bagaikan membawa suram pergi. Dah hilang rasa yang aku nak lupuskan tu.

Ingat lagi nostalgia tu.

Di kampung. Petang tu, pergi pantai. Bebudak kecil main kejar-kejar. Main baling selipar. Conteng pantai. Terimbau pula masa aku kecil, menyorok belakang batang pokok kelapa. Sampai senja kakak aku tak dapat cari. Eh eh.

K sambung cerita tadi.

Bawa sekali layang-layang dari rumah. Buatan tangan tu.

Lepaskan badan layang-layang ke udara biar dia bebas rasa angin. Aku kekadang terfikir nak jadi layang-layang. Terbang terbang dan terbang. Tapi masih jejak di bumi nyata. Itulah ada tali yang mengikat pada tangan.

"Maa, kalau layang-layang tu boleh bercakap, apa dia akan cakap?"

Maa senyum.

"Mesti dia cakap dia rasa best kat atas langit. Kan maa?" Aku tanya, aku juga bagi jawapan. Mentahnya masa tu.

Dan bila jadi layang-layang, hati akan ambil tempat untuk mengekspresi perasaan yang diluar jangkaan.

Kenapa tak nak jadi burung?
Sebab bila jadi burung, kau kena bina sarang dia. Kena ada pasangan juga. K tak lawak.


Terbangkanlah rasa itu. Terbangkanlah agar rasa itu hilang !




Comments

Popular posts from this blog

tiada teh, cuma suaramu

jatuh cinta hari semalam

Kopi hitam bermug merah