Keadaan Orang Tidak Beriman Meninggal Dunia

Assalammualaikum sahabat. Entry ini sambungan dengan entry 'Keadaan Orang Beriman Meninggal Dunia' Bacalah  :)





Rasulullah SAW menyambung khutbahnya :


"Sedangkan hamba yang kafir, sekiranya meninngal dunia dan menuu ke akhirat, lalu malaikat turun. Wajah mereka hitam sambil dibawa kain benang yang kasar. Mereka duduk beramai ramai sejauh mata memandang. Kemudian malaikat maut datang dan duduk berhampiran kepalanya sambil berkata, ' Wahai jiwa yang buruk, keluarlah kepada kemurkaan dari Allah dan kemarahanNya.' "

Rasulullah berkhutbah lagi :

" Lalu ia meresap ke dalamjasadnya dan mencabut nyawanya dengan satu cabutan sebagaimana besi pemanggang daging dicabut dari sutera yang dibasahi air, lalu dia mengambilnya. Apabila malaikat maut sudah mengambilnya, para malaikat tidak membiarkannya. Mereka segera meletakkan ia di atas kain bulu yang kasar itu. Rohnya dibawa keluar dengan bau yang sangat busuk seperti bau bankai yang ada di dunia.

Mereka membawanya naik ke atas.Apabila mereka melalui sekumpulan malaikat, pasti mereka bertanya 'Apakah bau yang busuk ini?'  Mereka menjawab, 'Si polan bin polan' Mereka memanggilnya dengan nama yang paling buruk sebagaimana dia pernah dipanggil ketika berda di dunia hingga sampai ke langit dunia. Lalu diminta agar dibukakan pintu baginaya, namun pintu itu tidak dapat dibuka. "


Kemudian Rasulullah membaca '(Surah al-Araf, ayat 40)' yang bermaksud :

" Orang yang mendustakan ayat Kami dan menyombongkan diri terhdapNya, tidak akan dibuka baginya pintu pintu langit dan mereka juga tidak akan di masukkan ke dalam syurga sehingga untuk dapat masuk ke lubang jarum. "

Lalu Allah berfirman, "Tuliskan kitabnya di dalam Sijjin di bumi yang paling rendah."  Kemudian ronya dilemparkan.

Rasulullah SAW pernah membaca ayat Al Quran, '(Surah al-haj , ayat 31)'  yang bermaksud

" Siapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah,dia seolah olah jatuh dari langit lau disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh. "

Lalu rohnya dikembalikan ke jasadnay. Dua malaikat mendatanginya, mendudukkannya dan bertanya kepadanya , 'Siapa Tuhan kamu?' 
Dia menjawab ' Ah?, ah, saya tidak tahu.'
'Apa Agama Mu?' tanya dua malaikat ini lagi.
'Ah? ah. saya tidak tahu.'
Dua malaikat ini bertanya lagi kepadanya ' Siapakah orang diutus di tengah kamu?'
Dia menjawab, 'Ah? ah. saya tidak tahu.'

Lalu ada penyeru yang menyeru dari langit, ' Dia berdusta. Maka gelarkan baginya neraka dan bukakan baginya pintu neraka.'

Setelah itu, didatangkan kepadanya kepanasan api neraka dan kuburnya disempitkan sehingga sempitkan sehingga sendi sendinya berserakkan .Kemudian datang seorang lelaki yang buruk wajahnya , buruk pakaiannya dan dia mengeluarkan aroma yang sangat busuk. Lalu dia berkata , ' Terimalah berita yang menyedihkan mu. Ini adalah hari yang pernah dijanjikan kepada kamu.'

Dia bertanya ,'Siapakah kamu? Wajah kau adalah wajah yang datang dengan  membawa keburukkan.'

Lelaki itu menjawab , ' Aku adalah amalanmu yang buruk.'

Hamba yang kafir itu berkata ,'Wahai Tuhan janganlah engkau datangkan Hari Kiamat.'

                                                                              ( Direkodkan oleh Ahmad dalam Musnad Ahmad)





Wallahualam. 



Comments

Popular posts from this blog

tiada teh, cuma suaramu

jatuh cinta hari semalam

Kopi hitam bermug merah