Keadaan Orang Beriman ketika Meninggal Dunia

Assalammualaikum Zauj dan Zaujah, Adam dan Hawa Akhi dan Ukhti.







Al- Bakarak Bin Azib menceritakan,dia bersama sahabat sahabat yang lain bersama Rasulullah SAW menghadiri pengebumian jenazah seorang Ansar. Apabila kami sampai di kubur dan mayat sudah dibujurkan di dalam liang lahad. Rasulullah duduk dan kami juga duduk disekeliling beliau,seolah olah ada burung di atas kepala kami. Pada tangan Rasulullah SAW terdapat sebatang ranting dan beliau memukul tanah. Rasulullah mendongakkan kepalanya keatas dan berkata "Berlindunglah kamu daripada azab kubur". Rasulullah SAW mengucapkankannya sebanyak dua atau tiga kali.

Kemudian Rasulullah menambah:
           "Sekiranya seorang hamba yang beriman meninggal dunia dan menuju ke akhirat, para malaikat turun dari langit, wajah mereka putih seakan akan matahari. Mereka membawa kain kafan dari syurga. Mereka duduk di hadapannya sejauh mata memandang. Setelah itu, malaikat maut datang dan duduk berhampiran kepadanya. Ia berkata ' Wahai jiwa yang tenang,keluarlah ampunan daripada Allah dan keredaanNYA' '' 

Rasulullah berkata lagi " Lalu rohnya keluar, mengalir seperti titisan air dari bolol air, malaikat maut mengambilnya, para mailaikat lain tidak membiarkan berda pada tangan walaupun sebentar,lau mereka segera mengambilnya. Mereka meletakkan roh itu di dalam kain kafan dan di dalam usungan Lalu ia keluar dari dunia ini dengan aroma yang sangat harum seharum bau minyak wanyi kasturi yang ada di dunia. Mereka membawa naik keatas. Apabila mereka melalui malaikat malaikat lain, pasti mereka bertanya. ' Roh siapakah yang harum itu.'

Para malaikat menjawab, ' Roh si polan bin polan' dengan nama yang paling indah ketika mereka menamakannya di dunia, hingga tiba dilangit dunia. Mereka  diminta agar dibukakan pintu baginya. Lalu dibukakan pintu baginya. Dia dibawa para malaikat yang menbawanya kelangit berikutnya sehingga tiba di langit ketujuh. Allah berfirman, " Tuliskan kitab hamba-Ku ini di Illiyyin dan kembalikan dia ke bumi. Kerana darinya Aku menciptakan mereka, kepadanya Aku mengembalikan mereka dan darinya Aku mengeluarkan mereka sekali lagi."

Rasulullah berkata lagi, " Lalu rohnya dikembalikan ke jasadnya. Dan dihampiri oleh dua orang malaikat dan mendudukkannya lalu bertanya, 'Siapa Tuhan kamu?'
Dia menjawab,' Tuhan saya adalah Allah.'
'Apa agamaMu?' tanya dua malaikat ini.
'Agama saya adalah Islam,' jawabnya
'Siapakah orang yang diutus kepada kamu?'  tanya kedua mereka.
'Rasulullah.' jawabnya
'Apa ilmu mu?' tanya dua malaikat lagi
'Saya membaca kitab Allah serta beriman dan membenarkannya,' jawabnya.

Lalu ada penyeru yang berseru dari langit,'HambaKu benar. maka bentangkan syurga baginya , pakaikan pakaian daripada syurga dan bukakan baginya satu pintu syurga.'

Rasulullah SAW berkata lagi, "Dia datang dengan aroma yang harum dan kuburnya dilapangkan sejauh mata memandang. Dia didatangi seorang lelaki yang tampan dan cantik pakaiannya. Lelaki itu berkata 'Bergembiralah kerana perkara yang memberikan kemudahan kepadamu pada hari yang dijanjikan itu,."

Hamba itu bertanya, 'Siapakah engkau? Wajah mu adalah wajah yang membawa kebaikan.'
'Aku adalah amalan solehmu.' jawabnya

Hamba itu bertanya lagi,' Wahai Tuhanku, datangkan Hari Kiamat agar saya dapat kembali kepada keluarga dan hartaku' "


Subhanallah Ya Rabbi. Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

tiada teh, cuma suaramu

jatuh cinta hari semalam

Malam ini bukan yang semalam